Mengingati kematian adalah cara terbaik untuk muhasabah diri. Semua merasai bilamana orang terdekat menjauh mendekati alam abadi. Alam yang kekal. Alam yang segala amalan baik dan buruk akan dipersoal. Ketakutan atau ketenangan akan dicampakkan pada kita semasa di alam kubur nanti?? Kesempitan atau keluasan..?? Apakah Al-Quran yang dibawa selama ini sanggup mengakui kita sebagai haamilul quran..??
Terasa ingin berkongsi rasa pada semua. Kehilangan dua tonggak utama pimpinan di Kaw.Bakri cukup menyentak. Allahyarham Ismail Ibrahim - Tokoh yang pertama sekali ana jumpa di Bakri setelah pulang ke Malaysia. Ada bersama Us.Oni..kedua selepas Sdr.A.Rahman. Dijamu kami mee laksa johor waktu itu sambil allahyarham bercerita pengalaman semenjak berkecimpung di medan dakwah. Masa berlalu...kali terakhir bersua selepas kemenangan di markaz, sehari sebelum Jamuan Rakyat di Jubli Intan. Katanya cuba hadir malam bersejarah itu lantaran masa bertembung majlis pertunangan anaknya..Berita masuk hospital dan terus berita kepulangan beliau bertemu ilahi. Seorang yang banyak memberi nasihat dan sangat prihatin. Semoga Allah merahmati beliau.
Berita kedua seakan tak percaya. Kami baru bertemu malam di markas. Usrah bulanan us abu bakar lajat dan akhirnya tahlil arwah Ismail Ibrahim. Semasa tahlil nampak diam,menundukkan kepala sambil memejam mata...tapi bukan tidur. Seusai terus ingin pulang dan bersalam. Sms dari us.budiman jam 7.30 pagi lebih kurang esoknya mengkonfiuskan. Us.Zakaria Nor meninggal semasa tidur. Terfikir. Ada ustaz lain ke yang namanya Zakaria Nor ?? Takda atau tak tahu. Terus us.zarul telefon dan nyata pengesahan. Hanya satu. Beliau seorang ulama yang nampak jalannya. Tegas kata-katanya. Namun tetap tawadhuk.
Kenangan lalu menuntut untuk kita berfikir akan tujuan hidup kita. Mereka telah menunjukkan komitmen dan istiqamah walau dalam kalah atau menang. Manusia redha atau tidak. Perjuangan yang hanya menuntut redha Allah semata.
Semoga permata yang pergi tidak menghilangkan permata muda. Berikan kami kekuatan.Allahu ghayatuna..!!
No comments:
Post a Comment