Monday, January 29, 2007

Sentuhan Haramain....Cubalah!!!

Assalamualaikum warahmatullah...

Salam sejahtera buat sahabat sekelian,

Memang terasa lama meninggalkan papan elektronik ni. Lebih dari sebulan. Bermula sebelum 22hb Disember 2006 M lagi. Hari ni je dah masuk 30hb Januari 2007 M bersamaan dengan 11 Muharram 1428 H. Lama sungguh. Minta maaflah yer...

Semoga Allah ampunkan kita. Bukan suatu yang mudah untuk sentiasa aktif seperti sahabat2 yang lain. Bagai kalau tidak menatap komputer sebelum lena, semacam tidak sempurna hidup sehari. Barangkali semacam tu. Wallahu a'lam.

Kenangan kelmarin masih terngiang-ngiang. Terkadang bila terpandang menara masjid, terkenang Haramain. Melihat gambar Kaabah, terkenang Haramain. Merasai kesesakkan lautan manusia, terkenang Haramain. Buka berita PMRAM, terkenang Haramain. Lidah seolah lupa bahasa geneh, asyik-asyik riyal. Semuanya kerana Haramain.

Allahuakbar !!!

Kenangan manis yang mana mungkin mahu dilupakan. Tak patut dan bukan manusia sejahtera kalau melupakannya. Rehlah kerana yang ESA. Bagi yang merasai, rindunya bukan seperti Laila Dan Majnun. Takkan sama seperti Romeo dan Juliet. Juga takkan sama seperti pasangan bulan madu. Memang takkan sama. Tak percaya boleh tanya...!

Ibadah yang takkan dapat difahami dengan sempurna melainkan setelah melaluinya. Hidup dengan hanya dua helai kain putih sahaja. Lebih mencabar bagi yang Ifrad. Alfun mabruk buat mereka. Merasai lautan manusia dengan bermacam ragam. Bahasa yang tak difahami. Bau yang beraneka. Permulaan yang baik. InsyaAllah.

Angin sejuk Arafah memang ada beza. Apatah datang di sana lebih awal dari waktunya. Merasai Wukuf yang panjang. Kepanasan siang. Arafah- penentuan bagi ibadah khusus ini.

Mudzalifah kali ini memang mencabar. Mabit dalam kesejukkan sehingga pagi. Melontar kali ini terasa lapang sedikit. Walaupun jarak yang bukan sedikit, ditambah dengan kesesakkan. Cuma ada sedikit confius pada Jamrah Aqabah. Berbeza dengan tahun sebelumnya.

Terasa mahu diceritakan semuanya. Belum lagi di Jami' Nabawi. Dugaannya. Kepedihannya. Kesejukannya. Kemanisannya. Keseronokannya. Kesedihannya. Kerinduannya. Rasanya macam tak berapa best kalau hanya menaip dan membaca. Saya cuba dululah. Jemputlah datang ke rumah...Shoubra jer..!!:-)

Sungguh nak kata kat sini. Bukan senang nak datang kat sana. Yang ada duit belum tentu, kalau bukan izinNya. Masa lapang pun tak menjamin, kalau bukan izinNya. Tapi belum tentu yang tiada duit, tak dapat pergi. Semua tu urusanNya.

Buat Jemaah PMRAM, mohon ribuan kemaafan atas segala kesilapan. Baik tuturkata dan tindakan. Dihalalkan segala makan dan minum. Yang terlebih dan yang mengurangkan.

Jutaan terima kasih dan salam sayang buat ustaz hj fauzi(musyrif) dan isteri, ustaz hj zubir(mustasyar) dan isteri, hj.hafizul, hj.hadi kabir, hj.hadi sughayyar, dr hj syazwan, hj. azam, hj.hakim, hj.amir, hj.alhafiz, hj.mujahid, hj.zul, hj.husin, hj.amin, hj.firdaus, hj.fadly, hj.bang chik, hj.fendy, hj.azreen. Korang semua memang best...!

Balik membawa satu azam dan kekuatan baru. 1428 H Insyaallah akan memberi nafas baru buat kita semua. Beban dan tanggungjawab hari ini sudah tentu akan semakin berat. Semoga semuanya sentiasa di bawah pimpinan dan rahmatNya. Syukur sangat-sangat atas kurnianNya.

Semoga Allah mengurniakan Haji Mabrur buat seluruh jemaah muslimin seluruh dunia.

abul_azzam

11 Muharram 1428 H

No comments: