Thursday, July 27, 2006

Antara Kemenangan Dan Realiti

assalamualaikum w.b.t

"macam mana boleh menang ni?"persoalan yang belum dapat dirungkai.
Menang tidak pernah terfikir dalam benak fikiran. apatah lagi untuk mendapat juara blog. Pilihan terakhir barangkali.

Pada mulanya, minat untuk mencipta blog didorong oleh sahabat-sahabat yang saya lihat blog mereka cukup menarik dan memberi kesan yang baik kepada pembaca. Maka mulalah saya bertapa di rumah Zahraa' untuk mendapat tunjuk ajar dari sifu apai serta ahli baitnya(dia ni yang letakkan logo AF 06 BKPJM).

Membantah pada permulaan namun akhirnya akur. Bukannya apa, program johor tidaklah sesekerap dan seaktif yang saya ikuti di peringkat muhafazah. Sekadar memeriahkan suasana, maka saya bersetuju. Lagipun, blog rakan johor yang lain mantap-mantap belaka. Memang mustahil punyalah!!

Tiada apa yang menarik. Baik dari segi persembahan dan aksesorinya. Artikel pun sudah lama tidak ditambah. Cukup ringkas. Malah untuk halwa telinga pun tidak ada. Rangkaian pun tidak sehebat rakan yang lain.

Tertarik untuk membuat blog bukan main-main, tapi untuk memberi sesuatu yang lain. Moga dengan membelek barang sekejap, boleh menarik semangat untuk menjadi seorang yang lebih bersungguh.

Nampaknya terpaksalah saya mengaktifkan kembali blog ni. Bagai mati hidup kembali rasanya. Bagi saya, juara blog bukan milik saya tapi untuk semua blog-blog yang mampu memeriahkan lagi alam siber dengan dakwah yang berhikmah. Rangkaian saya masih belum banyak, terutamanya di laman muslimin dan muslimat. Pencarian saya mengenai kehidupan mujahid dan mujahidah belum terhenti. Saya berharap agar dapat ditambah. Saya mengalu-alukan maklumat daripada sahabat-sahabat sekelian.

Terima kasih kerana sudi membelek blog ini. Semoga dengan memberi, hati menjadi tenang!

No comments: