Showing posts with label Muslim Prihatin. Show all posts
Showing posts with label Muslim Prihatin. Show all posts

Wednesday, August 01, 2007

BILA IMAM MULA BERLAGAK MAKMUM

Hari ini punya kes, walaupun bukannya tak mustahil namun tampak mengelirukan dan mengaibkan. Bukannya apa,posisi imam masjid mungkin nampak lebih kecil berbanding posisi imam negara. Namun, di sanalah segalanya bermula. Solat berjemaah di masjid, imamlah yang paling utama. Sebarang aktiviti,tok imamlah yang dikehadapankan. Kekadang terfikir dalam fikiran yang dangkal nih,pertemuan imam semalaya dulu ni seakan tak memberi bekas. Paling tidak pun untuk diri para imam. Maafkan saya ya buat para imam. Ataupun mungkin sebab penangan kugiran masa tu. Ala islam hadhari..

Ada yang mengatakan campur tangan politik. Benda ni memang tak mustahil pun. Mungkin itulah kesan daripada tidak membenarkan anak kariah memilih AJK masjid sendiri dalam mesyuarat agung. Bila dah jadi macam ni,makin rajinlah makmum ponteng solat jemaah. Solat kat rumah lagi baik!Sendiri imam sendiri makmum.

Masjid yang sepatutnya diimarahkan, tapi dikusamkan dengan perangai tahik manusia yang pentingkan diri sendiri.Balasannya, masjid hanya seolah persinggahan ibadah ritual yang bakal menjadi adat. Kira-kira habis solat dalam setengah jam,mangga sebesar mangga diaktifkan. Masjid menangis sepi. Tiada aktiviti harian yang memberangsangkan. Mujurlah, ada sambutan2 seperti maulid nabi,nisfu sya'ban dan sebagainya. Kalau tidak,jadi saranglah masjid-masjid kita. Mudah-mudahan Allah ampunkan kita atas kelekaan kita.

Mungkin boleh jadi jugak,masjid sekarang ni jadi tempat transit untuk bayi-bayi tak berdosa. Berapa banyak kes yang dah kita dengar.

Kembali pasal kes imam nih(Masih dalam siasatan).Melakukan perbuatan syirik jelas hukumnya. Tapi,kenapa perlu imam yang menjadi pelopornya. Ini yang buat saya rasa sakit hati. Meluat. Malu..Kenapa boleh jadi macam nih. Harapnya imam yang mencegah, bukan menggalak.

Kredibiliti Pejabat Agama Daerah. Sekarang semakin dipersoal. Ia sepatutnya menjadi pemantau masjid mana yang patut diimarahkan bukannya menyekat melaksanakan kegiatan keagamaan. Saya dah bilang tadi.

Mungkin sudah tiba masa untuk semua pihak melihat posisi masing-masing. Pejabat Agama Daerah jangan jadi pak turut. Sama juga para imam. Fikir macam mana institusi masjid boleh memberi sumbangan terbesar dalam pembangunan insan dan material ummat. Bukan mengejar elaun tak seberapa. Ini belum kira kejayaan solat kita.
Untuk para imam,posisi kamu adalah imam. Dihadapan bukannya dibelakang. Tunduk kamu,tunduklah anak buah kamu. Paling utama dari yang utama. Berjaya kamu berjayalah anak buah kamu.

Gegarkan masjid dengan meriahnya amal ijtimaie. Solat tiang ugama. Salam juang buat para imam semua. Jangan berlagak makmum lagi ye..

Friday, July 27, 2007

MINUMLAH LAGI....


A little boy died in Brazil after eating MENTOS and drinking Coca-Cola / PEPSI together. One year before the same accident happened with another boy in Brazil.Please check the experiment that has been done by mixing Coca-Cola (or Coca-Cola Light)with MENTOS...So be careful with your self eating MENTOS(POLO's) and drinking COCA-COLA or PEPSI together.Please pass this information to as many people as possible specially to the children, because in our country MENTOS and COCA-COLA both are very popular amongst the children. Check this out!!


Air coke terus memancut dan melimpah seakan lava gunung berapi kepanasan. Mungkin badan kita juga begitu..



Kita kena peka benda-benda macam ni. Bukan tak bagi nak minum minuman bergas ni, cuma kena tengokla effect pada kesihatan kita. Benda shubhah ni elok sangatlah dijauhkan..ianya lebih menghampiri kepada haram. Kita tahu semua tu. Tapi kalau anda mahu menjadikan coca-cola penyebab kematian anda,silakanlah...

Friday, July 13, 2007

KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA !!!

Ini kod babi pada makanan.Umat Islam tak sedar perkara ni.Kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya.Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES.E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi,sejenis permen karet,coklat,gula-gula,biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422,E430, E431, E432, E433,E434, E435,E436, E440,E470, E471, E472,E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482,E483,E491, E492, E493,E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU,DAN JANGAN BANYAK TANYA!!

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan. Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka
tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional
termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula,biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481,E482,E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.