Thursday, December 18, 2008

JOHOR DARUL DADAH ?

Tahukah anda berkenaan statistik terkini berkaitan penagihan dadah di Johor?

Purata Penagih Yang Dikesan di Malaysia Bagi Tempoh Jan- Ogos 2008

Penagih Baru
> Purata sebulan > 505 orang >> Purata Sehari >> 17 orang
Penagih Berulang
> Purata sebulan > 604 orang >> Purata Sehari >> 20 orang

Jumlah Penagih
> Purata sebulan > 1,109 >> Purata Sehari >> 37

Perbandingan perangkaan di 14 buah ibu negeri berkaitan bilangan penagih yang tertinggi dikesan : > Johor Bahru (501 orang) Ibu Negeri Ketiga Tertinggi

Tumpuan utama penagih di lima buah negeri, iaitu jumlah penagih yang tinggi
bilangannya : > Johor (1,083) Negeri Keempat Tertinggi

**Tumpuan penagih masih di bandar besar disebabkan kemudahan pengangkutan dan faktor peluang pekerjaan yang mudah.

Mengikut Umur Ketika Dikesan

Sepanjang tempoh 8 bulan 2008, golongan belia yang berumur di antara 19-39 tahun masih lagi merupakan majoriti penagih yang dikesan iaitu seramai 6,054 orang (0.034% daripada golongan umur unjuran penduduk Malaysia yang berusia 15-64 tahun (17,620,300 orang). Manakala seramai 191 orang (2.16%) adalah penagih remaja yang berusia di antara 13-18 tahun yang menunjukkan terdapat penurunan seramai 30.29% berbanding tempoh masa yang sama tahun lalu seramai 274 orang.

Dari 191 orang remaja yang terlibat dengan penagihan dadah yang dikenalpasti di empat negeri yang tertinggi : > Di Johor seramai 32 orang (lelaki dan penagih baru) -Negeri Kedua Tertinggi

Kategori umur di antara 25-29 tahun merupakan bilangan penagih yang paling ramai dikesan (19.26%). Golongan belia merupakan yang tertinggi terdedah dengan risiko penagihan disebabkan oleh pergaulan, pengaruh kawan, dan sifat ingin mencuba/ingin tahu. Di antara lima negeri yang dikesan bilangan terbesar belia terlibat : > Johor (776 orang) Negeri Ketiga Tertinggi

Bagi tempoh Januari-Ogos 2008, pengesanan penagih dikalangan warga emas iaitu kategori umur melebihi 50 tahun : > Johor (63 orang) Negeri Ketiga Tertinggi

Mengikut Jenis Dadah

Jumlah penagihan dadah tradisi, heroin yang tertinggi dikesan di empat buah negeri :
> Johor (518) Negeri Kedua Tertinggi

Sementara pengguna ganja ramai dikesan :
> Johor (314) Negeri Pertama tertinggi

RAWATAN PEMULIHAN DI PUSAT SERENTI

Bilangan penagih yang menerima rawatan/pemulihan di 28 buah pusat serenti di seluruh negara pada 25 Ogos hingga 31 Ogos 2008 adalah seramai 6,940 orang. Jumlah ini merupakan 74.22% daripada kapisiti keseluruhan penghuni (9,350 orang) di seluruh pusat serenti. Mereka terdiri daripada 6,787 penagih lelaki (97.88%). Manakala 153 orang adalah wanita (2.20%) yang menerima rawatan/pemulihan di Pusat Serenti Bachok, Kelantan. Jadual menunjukkan bahawa jumlah penghuni di Pusat Serenti Muar telah melebihi kapisiti maksima yang telah ditetapkan iaitu PS Muar (411 orang) +2.68%. Bahagian Rawatan dan Pemulihan telah pun memaklumkan kepada semua AADK Daerah supaya tidak mencadangkan kes-kes baru untuk ditempatkan di pusat serenti yang berkenaan.

Jumlah Penghuni Yang Menerima Rawatan/Pemulihan Di Pusat Serenti Muar Januari-Ogos 2008

Pusat Serenti Muar
> Kapasiti Optima 400
> Sebenar 411

PENUTUP

Semua lapisan masyarakat yang terdiri dari kanak-kanak, remaja, belia dan masyarakat setempat, khasnya ibubapa serta pemimpin masyarakat telah pun diberi dan disampaikan maklumat berhubung dengan program pencegahan yang telah dilaksanakan di seluruh negara. Ia merangkumi program pencegahan dadah di sekolah rendah/menengah dan IPT, golongan belia, tempat kerja dan komuniti. AADK sebagai ‘lead-agency’ memerangi dadah beperanan menjalankan aktiviti/program- program pencegahan kepada kumpulan sasar supaya agenda memerangi dadah sebagai musuh negara dapat disampaikan serta diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, cawangan pendakwaan telah mengadakan taklimat fokus kepada isu program pengawasan (JEJAK) untuk tindakan susulan penyediaan kertas dan pendakwaan siasatan serta pemantauan klinik swasta mengikut Sek.18 APD (Rawatan & Pemulihan ) 1983 di beberapa AADK negeri seperti AADK Wilayah Persekutuan, AADK Negeri Perak, AADK Negeri Melaka, AADK Negeri Pahang dan lain-lain lagi.

Peranan keluarga dan PRS amat perlu bagi memberi sokongan moral kepada kes-kes pengawasan dalam komuniti supaya dapat mengurangkan kadar relapse. Keluarga adalah elemen yang paling penting dalam menjalani proses pemulihan supaya jati diri dan rasa diterima sebagai anggota keluarga dapat diterapkan kepada mereka yang menjalani program seliaaan dalam komuniti.

Rujukan : Laman Web Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Pesanan YB DR SHEIKH IBRAHIM SALLEH : Rakyat DUN Sg Abong BENCI DADAH !!

No comments: