Wednesday, June 18, 2008

Ayam Luar ...Halal ke??


Menteri Pertanian Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat berkata Malaysia masih membenarkan kemasukan ayam dari Thailand dan larangan import hanya dikenakan terhadap ayam dari Jepun, Vietnam dan Korea Selatan. Katanya, tiada larangan dikenakan kerana kerajaan belum menerima sebarang kenyataan rasmi yang mengesahkan ayam dari negara jiran itu dijangkiti penyakit selsema burung.


"Kita belum mengambil keputusan untuk mengharamkan kemasukan ayam dari Thailand sebab belum ada lagi kes seperti itu berlaku di Thailand...Saya nak jelaskan larangan import ayam hanya dari Vietnam, Jepun dan Korea (Selatan) yang sudah disahkan ayam dari negara berkenaan dijangkiti penyakit selsema burung," katanya kepada pemberita selepas melawat ladang buah-buahan Dusun Nukleus di Kampung Baru Melayu, Batu 28, Lenga dekat sini.

Saya melihat usaha kerajaan untuk mengimport ayam dari luar terutamanya di Thailand adalah baik bagi mengatasi harga ayam yang meningkat di samping mempertingkatkan jumlah jualan. Namun, usaha ini perlu dijalankan dengan berhati-hati. Bukan semata kerana takut akan jangkitan selsema burung semata tapi dari sudut ternakkannya, adakah menepati standard halal?

Saya memetik pandangan dan idea Tuan Haji Ismail,Pengasas Herba Penawar Al Wahida:

Kerajaan sedang menimbang untuk membawa masuk ayam Thailand ke negara ini bagi mengimbangi harga ayam yang semakin tidak terkawal.Harga ayam diproses kini telah sampai RM8 perkg.

Bagi saya, ayam yang diternak di Thailand samalah dengan hasil pertanian yang lain terdedah kepada penggunaan bahan kimia yang tidak terkawal.Penggunaan vaksin dan anti biotik secara meleluasa termasuk beta egonist(agen pengemuk dari babi) dan lain-lain lagi.Jadi cadangan ini perlu dikaji semula perlaksanaanya.

HPA Farm akan terus membesarkan perladangan ayam organiknyanya khusus untk ahli-ahli HPA yang telah menjangkau 500 ribu orang.Kita komited untuk menjadi pengeluar makanan halal di dalam dan luar negara.

Kajian makanan ayam (baru) terus di lakukan oleh pakar pertenakan HPA(Dr Shaari) dari masa ke semasa dan doakan HPA berjaya mempunyai pusat penetasan anak ayamnya sendiri disuatu hari.Insyaalah.

Apalagi...sesiapa yang belum jadi ahli..maila jadi ahli HPA. Sape yang tinggal di Jalan Bakri,Muar tak perlu risau. Stokis HPA ada di sana.hubungi je saya 0136196804..insyaallah!!

No comments: