Wednesday, August 01, 2007

BILA IMAM MULA BERLAGAK MAKMUM

Hari ini punya kes, walaupun bukannya tak mustahil namun tampak mengelirukan dan mengaibkan. Bukannya apa,posisi imam masjid mungkin nampak lebih kecil berbanding posisi imam negara. Namun, di sanalah segalanya bermula. Solat berjemaah di masjid, imamlah yang paling utama. Sebarang aktiviti,tok imamlah yang dikehadapankan. Kekadang terfikir dalam fikiran yang dangkal nih,pertemuan imam semalaya dulu ni seakan tak memberi bekas. Paling tidak pun untuk diri para imam. Maafkan saya ya buat para imam. Ataupun mungkin sebab penangan kugiran masa tu. Ala islam hadhari..

Ada yang mengatakan campur tangan politik. Benda ni memang tak mustahil pun. Mungkin itulah kesan daripada tidak membenarkan anak kariah memilih AJK masjid sendiri dalam mesyuarat agung. Bila dah jadi macam ni,makin rajinlah makmum ponteng solat jemaah. Solat kat rumah lagi baik!Sendiri imam sendiri makmum.

Masjid yang sepatutnya diimarahkan, tapi dikusamkan dengan perangai tahik manusia yang pentingkan diri sendiri.Balasannya, masjid hanya seolah persinggahan ibadah ritual yang bakal menjadi adat. Kira-kira habis solat dalam setengah jam,mangga sebesar mangga diaktifkan. Masjid menangis sepi. Tiada aktiviti harian yang memberangsangkan. Mujurlah, ada sambutan2 seperti maulid nabi,nisfu sya'ban dan sebagainya. Kalau tidak,jadi saranglah masjid-masjid kita. Mudah-mudahan Allah ampunkan kita atas kelekaan kita.

Mungkin boleh jadi jugak,masjid sekarang ni jadi tempat transit untuk bayi-bayi tak berdosa. Berapa banyak kes yang dah kita dengar.

Kembali pasal kes imam nih(Masih dalam siasatan).Melakukan perbuatan syirik jelas hukumnya. Tapi,kenapa perlu imam yang menjadi pelopornya. Ini yang buat saya rasa sakit hati. Meluat. Malu..Kenapa boleh jadi macam nih. Harapnya imam yang mencegah, bukan menggalak.

Kredibiliti Pejabat Agama Daerah. Sekarang semakin dipersoal. Ia sepatutnya menjadi pemantau masjid mana yang patut diimarahkan bukannya menyekat melaksanakan kegiatan keagamaan. Saya dah bilang tadi.

Mungkin sudah tiba masa untuk semua pihak melihat posisi masing-masing. Pejabat Agama Daerah jangan jadi pak turut. Sama juga para imam. Fikir macam mana institusi masjid boleh memberi sumbangan terbesar dalam pembangunan insan dan material ummat. Bukan mengejar elaun tak seberapa. Ini belum kira kejayaan solat kita.
Untuk para imam,posisi kamu adalah imam. Dihadapan bukannya dibelakang. Tunduk kamu,tunduklah anak buah kamu. Paling utama dari yang utama. Berjaya kamu berjayalah anak buah kamu.

Gegarkan masjid dengan meriahnya amal ijtimaie. Solat tiang ugama. Salam juang buat para imam semua. Jangan berlagak makmum lagi ye..

No comments: