Friday, May 18, 2007

KENANGAN BUAT YANG FAHAM

Tiba-tiba teringat tempat lama. Kenangan yang manis. Peristiwa yang pahit. Kesusahan dan keperitan. Semuanya kembali. Orang lain takkan tahu dan faham kecuali yang memahami dan merasai sekali. Indah sungguh waktu itu.

Memandang surah Syu'ara', menjadi hati semakin pilu dan sebak. Orang lain takkan faham. Bukan senang nak menjaga, tapi yang ni nak mengingat pun susah. Banyak lagi,bukan yang itu saja. Hanya yang rasa saja yang faham. Alhamdulillah buat awal dan akhirnya.

Tiga tahun mula bersama, memang kenangan manis. Tempat itu dahulu menjadi tempat berkubang kami-kami yang mula belajar. Nasib baiklah tak jadi apa-apa. Natijahnya lumayan. Perenang amatur. Orang lain takkan faham kalau tak merasainya.

Mu'allim bukan setakat di legar pengajian. Boleh jadi kawan. Boleh jadi penasihat. Mampu buat muka tersenyum. Juga mampu buat muka mencebik. Boleh pinjam kereta ke motor sesenang hati. Tapi, di lain waktu, disuruh berdiri dek tak 'masyi'. Memang mengharap buat anak didiknya. Tak pernah jemu. Memang payah. Namun hasilnya, hanya yang merasai memahaminya. Terima kasih buat para guru sekelian.

Kawan-kawan sudah punya kehidupan. Ada matlamat dan tanggungjawab masing-masing. Yang pergi awal buat hati bertanya dan bergetar,"masa aku akan sampai...". Semoga sentiasa dirahmati. Yang ini semua orang kena faham dan ingat.

Waktu itu sudah berlalu. Tapi, kesannya takkan hilang.
Hmmm .............................................

Jiwa aku sedang bersedih. Tidak!!!...Itu kata Nukman. Kawan di sebelah nih. Tapi, apa yang pasti imtihan yang bakal tiba buat hati tak boleh tidur dan berehat. Bimbang. Bimbang antara ilmu dan natijah dan amal. Biarlah orang yang merasainya saja yang faham.

Doaku buat sahabat huffaz seperjuangan," Ya Allah, kurniakanlah kejayaan yang cemerlang buat kami dunia dan akhirat, semoga Al-Quran tidak menjadi hujjah buat kami!!!" Aamiin..

Yang faham dan turut merasai, doakanlah buat kami semua...

Demi generasi Al-Quran yang mutqin mukhlis....


1 comment:

Awan Badai said...

Owh... rindu nyeee