Sunday, October 29, 2006

Diari Ramadhan-nilaian dan permulaan semula

Mudah-mudahan Allah menerima amalanku. tiada lain pengharapan kecuali diterima segala usaha ibadat yang ku kira tak seberapa sepanjang ramadhan kali ini. telah sedaya upaya perubahan ku lakukan agar sekurang2nya, adanya perubahan dalam diri ini buat bekalan meningkatnya kualiti diri bagi bulan mendatang. paling sedikitpun juga, doa-doa ku maqbul. pengampunan buat diri dan keluargaku, sahabat2ku.. malah, seluruh umat islam. Perkara yang paling disesali oleh nabi apabila dalam sehari apabila terbenam matahari, amalan tidak bertambah. Allahumaghfirli wa taqabbal du'aie...

Abu Hurairah r.a berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w telah naik ke mimbar sambil berkata: Amin! Amin! Amin! Seseorang telah bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau telah naik ke mimbar sambil sambil mengucapkan amin sebanyak tiga kali. (Mengapa?). Jawab baginda: Sesungguhnya Jibril a.s. telah datang kepadaku lalu berkata: Sesiapa yang sempat mendapatkan bulan Ramadan tetapi ALAH tidak mengampunkan dosanya dia pasti dihumbankan ke neraka dan dijauhkan daripada ALLAH (pada hari kiamat). Dia perintahkan aku agar menyebut amin lalu aku pun mengucapkan amin.” – Hadis riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban. Juga diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Kitab al-Adab al-Mufrad.
muhasabah diri.
seharusnya sekarang masa untuk menilai kembali. adakah dengan berlalunya ramadhan, maka berakhirlah kembara mujahadah buat mencari bekalan menghadapiNya? seolah2 pengertian eid disalah tafsir sebagai tamatnya satu pusingan yang memenatkan. ye ke? pastinya tidak. seolah terlepas dari kesengsaraan 30 hari berpuasa. Golongan yang Allah pilih pasti merasakan suatu kehilangan yang paling bererti dalam hidupnya.
eid ul-fitr
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Wa Lillahi al-Hamd!satu pagi di hari raya. satu dari dua hari raya semata2 kurniaan Allah istimewa buat umatnya.dikhabarkan oleh Anas bin Malik radhiallahu 'anh, dia berkata: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah, maka baginda bersabda: "Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya `Ied al-Adha dan `Ied al-Fithri." (Hadis riwayat Imam al-Nasa'i, di dalam Sunan al-Nasa'i, Kitab al-Sholah, hadis no: 959)
Lafaz takbir membasahi bibir. memuji kebesaran ilahi. sungguh maha kuasa Allah memberikan nikmat tak terhingga buat umat islam. senyuman terukir pada wajah2 berseri di pagi eid pastinya memeriahkan lagi suasana pagi hari raya. ditambah ucapan ampunan dan maaf menyejukkan sebarang kusam di hati demi ukhuwah islami.taqabballahu minna wa minkum.
pilihan masa hadapan
terserah masing2 memutuskan bagaimana perancangan kualiti hari2 kemudian. yang pasti, matlamat ukhrawi tetap satu. dan tak terlupakan, puasa 6 hari di bulan syawal bakal menyusul. ganjaran puasa setahun dijanjikan setelah sebulan berpuasa di bulan ramadhan.Telah diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Ansori r.a.,Maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya 6 hari dalam bulan Syawal. Seolah-olah dia berpuasa satu tahun semuanya." (Riwayat Muslim dalam bab Puasa - 1164. Abu Daud - 2433, at-Tirmizi - 759 dan Ibn Majah 1716)tidak henti2 peluang diberikan. betapa kasih dan rahmatNya terbukti luas.
pengajian dan imtihan?
tidak pernah jera dari kehidupan sebagai pelajar berhadapan dengan ujian dan peperiksaan. nyatanya, ini adalah sebahagian dari usaha kita untuk menempatkan diri di kalangan masyarakat agar mudah diterima dalam rangka mengembangkan usaha atas iman dan amal. cambahan ilmu moga disertai amal. keikhlasan dan keazaman merebut mutiara ilmu sebanyak-banyaknya. usaha ke arah tajdid pemikiran. semoga Allah memberikan taufiq dan hidayahnya dalam menempuh musim peperiksaan buat sahabat2 mahasiswa di seluruh dunia. taufiq wan najah ma'akum.
insyaallah.allahu a'lam

No comments: