Tuesday, June 06, 2006

sabar jelah.....!!!

Pertama kali melakukan perjalanan panjang selama tiga hari memang memenatkan. Cuaca panas terik memungkinkan bila-bila masa darah panas ini mengeluarkan lavanya. Mujurlah ada dua orang sahabat yang menemani ustaz mohd fairuz tamjis dan ustaz azman shari. Pandai menghiburkan suasana. Yang panas terasa sejuk. Saya banyak belajar dari mereka yang lebih seniornya mereka dari saya di bumi mesir ini. Saya ni orang kata cepat marah, tapi entah kenapa berjalan dengan diorang ni, kurang plak marahnya...(sekali-sekala kena jeck gak diorang ni, coz diorangla ajak hambo ni, kalau tak belum tentu merasa jaulah macam ni...).
Teringat kembali ketika dalam perjalanan dari Iskandariah menuju ke Dumyat. Waktu sekitar pukul 7.00 petang, kami mula bertolak. Perjalanan yang memenatkan itu mengambil masa lebih kurang 3 jam. Bayangkan keadaan peagout yang sempit, duduk plak sampai kaki pun naik kebas. Tak boleh nak bergerak langsung. Ini bagi saya boleh terima lagi. Cuma satu perkara yang buat kami naik bengang bila tingkap pun dia tak bagi nak buka. Macam manalah udara nak masuk. Kalau semuanya memakai pewangi aroma-terapi boleh lagi. Haram!. Alasannya mudah, serangga senang masuk dalam peagout, mengganggu drebar memandu!
Aircond? Sepanjang saya menaiki peagout di bumi mesir ni, rasanya belum pernah lagi merasa. wak reng (nama manja bagi ustaz azman) yang yang duduk di tepi tingkap perlahan-lahan memulas pedal tingkap tanpa drebar sedari. Sedikit ruang angin memungkinkan kami merasai terjahan angin laut.
Sekali lagi kesabaran kami diuji apabila pemandu mula mencucuh api ke putung rokoknya. Mahu tak mahu terpaksalah kami menutup hidung dari terus membiarkan bau busuk itu menguasai kami.
Sabar jelah.....
Memasuki jalan ke Dumyat lama. Keadaan pada waktu itu sudah gelap. Salah seorang penumpang arab yang duduk di sebelah saya tiba-tiba mula buat hal. Marah tak tentu pasal. Bergaduh mulut dengan penumpang arab yang duduk di bahagian belakang bersebelahan us.fairuz. Saya ingatkan kes tingkap sudah selesai, rupanya kes dibuka semula. Suasana yang sunyi kembali bingit dengan suara pekikan arab bergaduh. Tak perlulah dihuraikan permasalahannya di sini. Yang kecil pun boleh jadi besar. Paling menyedihkan, saya juga mendapat tempias dari perbalahan mereka tu. eei...! u.azman mula memandang sambil tersenyum...sollu 'alan nabiyyy..!!
Sabar ajelah....
Setelah menukar kenderaan lain menuju ke tempat tujuan, saya membebel sendirian. "kalau ikutkan hati muda ni, nak je aku balas balik kat diorang ni(arab mesir tadi)". us.azman mula membalas balik " duduk kat mesir ni memang kena banyak bersabar, lagipun ni tempat dia...baru namanya mesir!" Pesan us.azman yang katanya akan pulang ke tanah air setelah lima tahun berjuang di mesir. Baru je nak bermanja dengan us.azman ni...
alhamdulillah, perjalanan kami tampak ceria kembali dengan sambutan yang cukup baik dari ahli bait di sana. Terima kasih banyak-banyak kepada us.firdaus, us.mursalin, us.arifuddin, dan juga pada yang lain...(tak teringat saya pada nama mereka semua, namun ikram mereka pada kami tetap bersimpul kukuh dalam hati dan jiwa saya.
Inilah salah satu daripada banyak perjalanan yang mencabar sepanjang jaulah kami ini. Penat tapi mempunyai banyak maksud dan pengertian yang membuat saya sedar akan satu perkara iaitu tentang hal kehidupan umat islam masakini.
Perjalanan pulang memang dinantikan. kembali ke rumah masing-masing. saya menyatakan pada sahabat saya, us.fairuz akan tujuan saya ikut mereka. " semuanya sama saje...tiada yang berbeza. baik di alex, damanhur, dumyat, zagziq..aku expect benda yang lain daripada lain daripada di kaherah..". balas u.fairuz" nila mesir...tak boleh pandang dari kemajuan material semata-mata. tengoklah macam mana kerajaan mesir memeras duit rakyat dengan membina stadium, kononnya agar mesir terpilih sebagai penganjur World Cup. Tapi sorang pun takde undi mesir..akhirnya projek membina stadium tergendala begitu sahaja. Walau macam tu pun, tanah sini subur untuk pertanian. tengoklah kiri kanan, penuh dengan tanaman. Orang kat malaysia tentu ingat mesir ni padang pasir je..". Memang betullah tu, tak nampak pun padang pasirnya, malah nak tengok unta liar pun tak kesampaian. Yang kelihatan hanyalah tanaman-tanaman yang subur menghijau dengan sekumpulan biri-biri dengan pengembalanya.
Fikir saya kembali, "keberkatan mesir ada pada keilmuan para ulama' mereka, bukan pada kemajuan mereka atau suasana persekitaran mereka. Kalau bukan kerana keberkatan ilmu yang dikurniakan Allah pada mereka, nescaya pelajar satu dunia takkan berbondong-bondong datang ke mari."
Maaf atas segalanya. Catatan ini dibuat bukan untuk menghina masyarakat arab mesir, tapi sebagai satu hayat tauladan bagi diri saya. Bayangkanlah bagaimana Nabi Allah Musa dan Nabi Harun mendidik kaumnya. Tentu liat semacam. Namun kesabaran dan ketabahan itu yang perlu saya contohi. Azam untuk diri saya....ilmu dan amal!


No comments: